GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dia disyaki menggunakan identiti individu lain bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, semalam.
Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas dia hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di Gurney Paragon Mall bagi menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga warga Myanmar berusia 44 tahun yang mendakwa identitinya telah digunakan individu lain bagi mendapatkan vaksin berkenaan.
Menurut Soffian, perkara itu disedari oleh mangsa pada 6 September lalu ketika hadir di PPV Tapak Pesta Sungai Nibong, untuk mendapatkan suntikan vaksin.
“Mangsa diberitahu oleh petugas di PPV berkenaan bahawa nama dan nombor pasportnya telah didaftarkan di PPV RiVAC Gurney Paragon Mall, George Town, iaitu dos pertama telah diterima pada 20 Ogos lalu manakala dos kedua dijadualkan pada 9 September di PPV sama,” katanya.
Mangsa yang tidak berpuas hati selepas mengesyaki nama dan identitinya digunakan individu lain bertindak membuat laporan di balai polis Sungai Nibong.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Pulau Tikus dengan dibantu petugas keselamatan di PPV RiVAC Gurney Paragon Mall berjaya menahan suspek yang hadir bagi menerima suntikan vaksin COVID-19,” kata Soffian dalam kenyataan pada Jumaat.
"Ketika ditahan, polis turut merampas dokumen yang ditemui pada suspek iaitu i-Kad dan kad pengenalan milik mangsa," ujarnya.
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan) dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Pada masa yang sama, Soffian turut menasihatkan orang ramai agar tidak sesekali menggunakan cara yang menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Tegasnya, masyarakat juga perlu menjaga kerahsiaan maklumat peribadi supaya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 10 2021
Ketika ditahan, polis turut merampas dokumen yang ditemui pada suspek iaitu i-Kad dan kad pengenalan milik mangsa. - Astro AWANI
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.