awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Myanmar maut ditetak rakan senegara

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/02/2022
10:44 MYT
Lelaki Myanmar maut ditetak rakan senegara
Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai ditetak dengan senjata tajam oleh rakan senegaranya ketika mereka bergaduh. - Gambar hiasan
SEBERANG JAYA: Seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak rakan senegaranya dalam kejadian pergaduhan di belakang sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang petang Selasa.
Mangsa yang berlumuran darah ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.45 petang semalam yang memaklumkan penemuan mayat lelaki berkenaan.
Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mendapati seorang lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 40-an terbaring dan berlumuran darah.
“Polis mengesyaki mangsa telah ditetak dengan senjata tajam oleh rakan senegaranya.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan insiden itu polis menahan suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia lingkungan 30-an di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
"Suspek yang juga rakan senegara mangsa yang ditahan turut mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai selepas pergaduhan dengan si mati dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan.
"Punca pergaduhan suspek dan si mati masih dalam siasatan yang mana pihak polis memohon sekiranya terdapat saksi yang melihat kejadian itu dapat tampil membantu polis," katanya.
Shafee berkata, orang awam atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohd Hidayat Saridin di talian 019-4474040 atau 04-5382222 bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#warga myanmar
#rakan senegara
#Seberang Jaya
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#maut ditetak
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan