awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Nepal didakwa bunuh ibu dan anak di Juru

Bernama
Bernama
26/11/2025
09:15 MYT
Lelaki Nepal didakwa bunuh ibu dan anak di Juru
Dinesh Kumar Mandal didakwa membunuh seorang wanita dan anaknya di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - Foto Bernama
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan anaknya di Kampung Sekolah Juru, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Dinesh Kumar Mandal, lelaki warga Nepal, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh seorang wanita dan anak di Kampung Sekolah Juru bulan lepas.
  • Tertuduh, 35 tahun, mengangguk faham terhadap pertuduhan tersebut yang membabitkan kematian Sariya Che Hin, 51, dan Nur Afrina Abdul Rahim, 11.
  • Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 Januari untuk laporan bedah siasat, forensik dan kimia, sementara tiada jaminan diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli.

Dinesh Kumar Mandal, 35, mengangguk faham sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Hindi di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa membunuh Sariya Che Hin, 51, dan Nur Afrina Abdul Rahim, 11, antara 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam pada 18 Okt lepas di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan mukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dia akan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mahkamah menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat, forensik dan kimia.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#lelaki didakwa membunuh
#warga Nepal
#bunuh wanita dan anak
#juru
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan