awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2021
00:31 MYT
Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup
Keadaan di ruang dapur selepas letupan gas memasak berlaku. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki terselamat dalam kejadian letupan sebuah tong gas memasak di rumahnya di Taman Mega Ria, Gambang, di sini, pada petang Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata ketika kejadian, lelaki berusia 54 tahun yang tinggal berseorangan itu dipercayai berada di dalam bilik dan tidak memasak.
"Letupan tersebut menyebabkan bahagian pintu hadapan rumah mangsa pecah dan bertaburan manakala bumbung dan siling di dapur serta ruang tamu mengalami kerosakan," katanya pada Isnin.
Beliau berkata pasukan bomba melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.
“Operasi melibatkan sembilan anggota bomba termasuk unit forensik dan menggunakan dua jentera pemadam kebakaran,” katanya.
Berita asal: Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup
Topic Berkaitan
#tong gas meletup
#Taman Mega Ria
#Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali
#tidak memasak
#Unit Forensik
#bomba
#Taman Tas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan