awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU didakwa bunuh bapa

Bernama
Bernama
06/07/2023
04:17 MYT
Lelaki OKU didakwa bunuh bapa
Kan Kong Chen, 22, (dua, kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya, bulan lepas. -Bernama
BENTONG: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya, bulan lepas.
Tertuduh Kan Kong Chen, 22, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman, namun tiada pengakuan direkodkan.
Lelaki berambut panjang itu didakwa membunuh Kan Kok Chong, 64, antara 22 hingga 24 Jun lepas di sebuah rumah di Flat Purnama, Taman Gemilang di Jalan Tras di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya S. Punitha yang tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh memohon supaya lelaki itu dihantar ke Hospital Permai, Johor bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.
Qasiratul Jannah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 3 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.
Pada 27 Jun lepas, mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai sebuah rumah di Flat Purnama, Taman Gemilang di Jalan Tras di sini.
Anak mangsa yang difahamkan mempunyai masalah pembelajaran, ditemukan berada di sisi mayat yang mempunyai kesan kecederaan termasuk kesan terbakar di badan.
Semasa kejadian, mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya kerana isteri dan seorang lagi anaknya ke Kuala Lumpur atas urusan perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#bunuh bapa
#Kan Kong Chen
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan