awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja

Bernama
Bernama
23/09/2019
16:41 MYT
Lelaki OKU miliki enam rekod jenayah lampau, ditahan bersama ganja
Mohd Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja. Foto: Sinar Harian
Polis menahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, suspek berusia 45 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu, ditahan ketika sedang memandu di Taman Nusari Bayu di sini, Rabu lepas.
"Bertindak atas maklumat, pada 18 September lalu sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan sebuah kereta dinaiki suspek.
"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis telah menemui dua ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja dianggarkan seberat 955 gram yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.
Mohd Said berkata nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan keatas suspek didapati positif dadah jenis ganja.
Katanya suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah mulai Khamis hingga Rabu ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah lampau
#Ketua Polis Daerah Seremban
#Mohd Said Ibrahim
#OKU
#pengedaran dadah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan