awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau

Bernama
Bernama
10/11/2025
00:15 MYT
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau
Sebuah rumah terbakar di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, malam tadi, mengakibatkan seorang lelaki OKU rentung. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam rentung selepas rumah keluarganya yang merupakan struktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, dekat sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 25 tahun itu pada 10.57 malam.
"Ketika kejadian, hanya mangsa dan bapanya yang berusia 59 tahun berada di rumah. Berdasarkan maklumat, bapa mangsa ketika itu sedang tidur sebelum terjaga akibat terdengar beberapa letupan kecil dan melihat api bermula dari bilik mangsa.
"Bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika api semakin marak, namun mengalami kecederaan ringan dengan melecur di bahagian kepala. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rembau
#kebakaran
#lelaki oku rentung
#rumah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan