awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pakai telekung curi barang jemaah wanita ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/12/2022
07:50 MYT
Lelaki pakai telekung curi barang jemaah wanita ditahan
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di kawasan Seksyen 18, Shah Alam selepas polis menerima laporan. - Gambar IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Seorang lelaki yang videonya tular mengenakan telekung untuk menyamar sebagai wanita sebelum mencuri barangan jemaah di ruang solat di dua buah masjid di Seksyen 18, Shah Alam ditahan polis pada tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di kawasan Seksyen 18, di sini selepas polis menerima laporan daripada dua mangsa.
Beliau berkata, dalam dua kejadian berasingan di Masjid Al-Azahariah dan di Masjid Al-Hidayah di sini, pada kira-kira pukul 3.41 petang dan 10.47 malam, Selasa lalu, mangsa berusia 60 dan 58 tahun mendapati beg tangan mereka hilang selepas menunaikan solat yang melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM3,500.
"Hasil semakan rakaman litar kamera tertutup (CCTV) di kedua-dua tempat kejadian mendapati suspek menggunakan modus operandi yang sama iaitu memakai telekung warna putih masuk ke ruangan jemaah wanita seterusnya mengambil barang berharga milik jemaah yang sedang solat," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohd Iqbal memberitahu, polis juga merampas dua buah telefon bimbit dipercayai milik mangsa.
Semakan lanjut katanya, suspek dari Padang Jawa, Klang itu mempunyai empat rekod jenayah dan satu rekod dadah.
Menurutnya, suspek ditahan reman empat hari sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan ke atas Seksyen 380 Kanun Keseksaan dijalankan.
Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 43 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memakai telekung memasuki ruang solat wanita di dua buah masjid untuk mencuri barangan milik jemaah yang sedang menunaikan solat.
Topic Berkaitan
#curi di masjid
#Polis Diraja Malaysia
#video tular
#menyamar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan