awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pandu kereta klon diberkas polis

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/07/2023
01:40 MYT
Lelaki pandu kereta klon diberkas polis
Seorang pemuda yang dipercayai memandu kereta klon diberkas selepas melarikan diri lebih 100 kilometer daripada pihak polis.
KEMAMAN: Seorang pemuda yang dipercayai memandu kereta klon diberkas selepas melarikan diri lebih 100 kilometer daripada pihak polis.
Lelaki yang berusia sekitar 30-an itu ditahan kira-kira jam 1.25 tengah hari di Kampung Che Lijah, Dungun pada Sabtu, manakala, rakannya berjaya melarikan diri.
Ketika kejadian, polis peronda lebuh raya telah mengesan kenderaan MPV jenis Honda Stream yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan ketika melakukan rondaan kawasan Gambang, Kuantan, Pahang.
Sejurus menghampiri, pemandu kenderaan itu terus memecut sehingga kereta tersebut keluar dari Plaza Tol Cheneh di Kemaman, Terengganu.
Suspek kemudiannya melarikan diri menuju ke arah Kuala Terengganu dengan menggunakan laluan Jerangau - Jabor sebelum berjaya diberkas.
Susulan penahan itu, suspek bersama kenderaan terbabit dibawa ke ibu pejabat polis (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut.
Hasil semakan mendapati MPV itu didaftarkan atas nama seorang wanita dan hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati nombor enjin kenderaan dipercayai telah diubah suai.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan berkenaan penangkapan tersebut.
Menurut beliau, suspek serta kenderaan terbabit kemudiannya telah dibawa ke IPD Kuantan untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#kereta klon
#MPV
#Honda Stream
#Lelaki ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan