awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2025
00:30 MYT
Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM
Sebuah kereta Kia Sorento terbakar 90 peratus selepas bertembung dengan trak PDRM di Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Cherakah, pagi ini. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera parah manakala tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cedera ringan selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan trak PDRM dan terbakar di Jalan Bukit Cerakah, Kampung Bukit Cherakah, di Jeram, Selangor, pagi ini.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 6.40 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran melibatkan sebuah kereta Kia Sorento yang terbakar sebanyak 90 peratus selepas bertembung dengan trak PDRM.
"Pemandu Kia Sorento, seorang lelaki, mengalami kecederaan patah kaki, manakala tiga anggota PDRM hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pasukan bomba yang terdiri daripada enam anggota bersama sebuah jentera FRT dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran.
Sementara itu, ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia turut berada di lokasi untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa yang terlibat.
Topic Berkaitan
#JBPM Selangor
#kereta terbakar
#kereta bertembung trak PDRM
#Kampung Bukit Cherakah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan