awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah dibelasah sekumpulan individu berang ditipu urusan pertukaran mata wang

Bernama
Bernama
20/12/2024
13:15 MYT
Lelaki parah dibelasah sekumpulan individu berang ditipu urusan pertukaran mata wang
Susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 53 tahun dan direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera parah akibat dibelasah sekumpulan individu yang dipercayai tidak berpuas hati kerana ditipu membabitkan urusan pertukaran mata wang asing di Jenjarom, Kuala Langat dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor Hospital Banting kira-kira 10.50 malam semalam yang memaklumkan seorang lelaki tempatan mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan dirawat di zon merah.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 53 tahun dan direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Mereka ditahan di sekitar Kuala Langat dan Kuala Lumpur. Berdasarkan siasatan, dipercayai mangsa berusia dalam lingkungan 40-an telah dipukul menggunakan senjata kayu dan objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan itu.
"Polis masih mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular menerusi laman sosial rakaman video memaparkan sekumpulan individu bertindak membelasah seorang individu berdekatan dengan sebuah restoran dalam kawasan Kuala Langat malam semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki dibelasah
#sekumpulan individu
#ditipu
#pertukaran mata wang
#Polis Daerah Kuala Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan