Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak menggunakan parang, disyaki akibat dendam, dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Keladi, di sini.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, suspek sebelum itu mengunjungi rumah mangsa bersama beberapa orang rakannya.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Shamsudin Mamat, ketika kejadian, mangsa yang berada di kawasan parkir rumah sedang membaiki motosikal.
“Suspek bersama beberapa orang lelaki datang dalam keadaan marah, memegang sebilah parang. Dan mangsa telah lari masuk ke dalam tandas di dalam rumah.
“Suspek telah bertindak mengejar mangsa sehingga ke tandas dan menetak pintu tandas bertubi-tubi sehingga ia terbuka,” katanya kepada media hari ini.
Menurut Shamsudin, mangsa cuba menepis mengunakan tangan, bagaimanapun libasan parang itu mengenai tangan kirinya menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.
Katanya, ketika kejadian, bapa dan ibu mertua mangsa cuba menghalang dan memarahi suspek serta memintanya keluar dari rumah.
“Bagaimanapun, suspek telah menyiku bapa dan menolak ibu mertua mangsa sehingga jatuh sebelum melarikan diri bersama rakannya.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk rawatan lanjut,” jelasnya.
Lelaki berusia 29 tahun itu dikesan mengalami kecederaan parah pada tangan kiri di bahagian tapak tangan selain terdapat kesan luka dalam akibat tetakan sepanjang 3cm.
Doktor mengesahkan mangsa berada dalam keadaan stabil meskipun cedera parah.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek ekoran keluarga mangsa pernah membuat laporan polis mengatakan suspek membuat ugutan di rumahnya sebelum ini.
Suspek berjaya ditangkap di kawasan Taman Paya Keladi dan usaha mengesan rakan suspek yang lain sedang dilakukan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Dec 18 2019
Suspek mengejar mangsa sehingga ke tandas dan menetak pintu tandas bertubi-tubi sehingga ia terbuka. - Astro AWANI
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Dua beranak cedera ditetak
Seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya cedera parah akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Permatang Badak di sini pada Khamis.
Ugut pecah cermin kereta jiran, buruh dihadapkan ke mahkamah
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengugut mahu memecahkan cermin kereta jirannya, pada Jumaat lalu.
Lelaki maut ditembak pada malam Tahun Baharu Cina
Mangsa berusia 31 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di tingkat tiga kondominium.
Ahli politik jangan fikir keuntungan peribadi, dendam untuk tubuh kerajaan - Penganalisis
itik digesa tidak mementingkan diri sendiri dengan mengutamakan keuntungan serta dendam peribadi, sebaliknya kembali kepada fokus utama mereka iaitu berkhidmat untuk masyarakat.
Biarpun dipenjara dan diaibkan, Anwar tegaskan tidak berdendam
Anwar mengakui bukan mudah untuk beliau memaafkan, apalagi melibatkan maruah isteri dan anak-anak beliau.
Budak maut makan sate beracun: Polis tahan wanita berdendam bekas teman lelaki
Polis Indonesia mengenal pasti dan menahan seorang wanita yang mengirim sate beracun kepada bekas teman lelaki dengan niat untuk membunuhnya.
UMNO dan BN tidak amalkan politik 'barbaric', menzalimi - Zahid
Zahid berkata UMNO tidak mengamalkan politik 'barbaric' (tidak bertamadun), kebencian dan dendam.
Kerana hutang, adik ugut tikam dan bunuh kakak
Tertuduh Muhamad Shah Izuan Azmi, 28, yang pada awalnya mengaku bersalah bagaimana menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Gagak, burung yang paling disalah anggap di dunia
Burung gagak simpan dendam dan sampaikan dendam kepada gagak lain.
Bertengkar kerana poligami, suami bunuh isteri pertama
Pergaduhan itu berkait rapat dengan amalan poligami oleh suspek dan diburukkan dengan masalah kewangan mereka.