awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pegang parang berkeliaran di Bertam ialah mangsa kemalangan - Polis

Bernama
Bernama
19/10/2024
16:11 MYT
Lelaki pegang parang berkeliaran di Bertam ialah mangsa kemalangan - Polis
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Hakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
KEPALA BATAS: Polis menjelaskan kejadian seorang lelaki dengan mukanya cedera berdarah sambil memegang parang dan berkeliaran di kawasan Bertam di sini pada 6 Okt lepas, ialah pemandu sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita pada 4.17 petang, 6 Okt dan lelaki berkenaan telah menyerah diri pada hari yang sama.
"Siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan menaiki sebuah kereta dari Alor Star, Kedah ke Subang, Selangor sebelum melanggar dua kenderaan lain sehingga menyebabkan keretanya (suspek) terbabas ke dalam longkang.
"Lelaki itu telah bertindak melarikan diri ke kawasan Bertam sambil membawa sebilah parang yang diambil dari keretanya kerana bimbang dipersalahkan sebagai punca kemalangan terbabit berlaku dan kejadian itu mempunyai kaitan dengan laporan polis berhubung kemalangan di KM 120 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan," katanya dalam kenyataan malam Sabtu.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Bahan Hakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu membawa senjata berbahaya di tempat awam.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mensensasikan kes itu sehingga mengganggu ketenteraman awam dan pihak polis juga meminta kerjasama saksi yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Irwan Shah Sumardi menerusi talian 04-5762222 (sambungan 227) atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan seorang lelaki memegang parang berkeliaran di Bertam sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki bawa parang
#mangsa kemalangan
#polis
#siasatan
#bertam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan