KLANG: Polis akan memanggil lelaki tular memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di Hospital KPJ Healthcare, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin.
Pada Sabtu sekitar jam 7.45 malam, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengesan video tular berdurasi 37 di TikTok menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dengan kasut di atas (perhiasan) kolam.
"Sehubungan itu, Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang telah membuat satu laporan dan suspek akan dipanggil ke IPD Klang Utara esok," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Vijaya Rao berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.
Sementara itu, KPJ Klang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari mengenai penyebaran video membabitkan suspek yang didakwa kakitangan mereka terbabit di media sosial.
KPJ Klang dalam kenyataan itu menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan mereka dan akan menjalankan siasatan dalam. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 30 2022

Perbuatan lelaki berkenaan menjadi bualan selepas rakaman video memaparkan kejadian itu tular di media sosial.

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Kes kain rentang hilang di Sungai Siput mungkin khianat, sabotaj
Kehilangan kain rentang yang tertera "Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Parlimen Sungai Siput di Dewan Arena Sungai Siput" mungkin kerana perbuatan khianat.

Lelaki pijak hiasan kolam Deepavali direman tiga hari
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an hadir di IPD Klang Utara sekitar jam 11 malam tadi.

Lelaki pijak kolam Deepavali akan dipanggil hari ini - Polis
Lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin.

24 peniaga dikenakan tindakan sepanjang pelaksanaan Harga Maksimum Musim Deepavali
Ia hasil pemeriksaan ke atas 111 premis borong dan 4,228 premis runcit sepanjang tempoh berkenaan.

Tragedi Deepavali: Kanak-kanak maut, dua parah dalam nahas di Gelang Patah
Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.

Aliran trafik dari utara lancar setakat 9 malam
Aliran trafik menuju Lembah Klang dari utara mulai lancar setakat 9 malam ini.

Pembubaran Parlimen, PRU15 tidak jejas sambutan Deepavali - PM Ismail Sabri
Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini.

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali
Seri Paduka berdua menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

PM Ismail Sabri ucap selamat menyambut Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Keluarga Malaysia beragama Hindu yang meraikannya esok.