awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki positif COVID-19 larikan diri dari klinik

Bernama
Bernama
10/10/2020
09:30 MYT
Lelaki positif COVID-19 larikan diri dari klinik
Menurut polis, lelaki tersebut disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan di Klinik Kesihatan Telipok yang dibuat sehari sebelum itu.
KOTA KINABALU:Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 yang melarikan diri dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata warga tempatan berusia 53 tahun, beralamat di Taman Petrajaya, Telipok itu melarikan diri selepas diminta menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pusat kesihatan tersebut untuk dibawa ke hospital.
"Lelaki tersebut disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan di Klinik Kesihatan Telipok yang dibuat sehari sebelum itu," katanya ketika dihubungi.
Sambil menggesa lelaki berkenaan menyerah diri di klinik kesihatan berdekatan secepat mungkin, beliau berkata Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu kini giat mengesan individu berkenaan.
Beliau turut meminta orang ramai berhati-hati serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya mengetahui keberadaan lelaki itu.
Kes diklasifikasi menurut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#positif COVID-19
#Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu
#Polis Daerah Kota Kinabalu
#Taman Petrajaya
#Telipok
#Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan
#larikan diri
#CPRC
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan