awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/07/2022
14:57 MYT
Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan
Polis merampas senjata api serta peluru itu dan suspek kemudiannya ditahan. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt dan enam butir peluru hidup di Taman Ria Jaya, di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang ketika serbuan polis Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.
“Ketika anggota tiba suspek dalam keadaan mencurigakan dan sebaik anggota menghampirinya suspek bertindak melarikan diri.
“Anggota yang mengejar berjaya menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaidy berkata, pemeriksaan pada tubuh suspek polis menemui sepucuk pistol jenis Colt-PT.F.A buatan Amerika Syarikat (AS) berwarna hitam dan enam butir peluru jenis PMC.38 SPL.
Katanya, polis merampas senjata api serta peluru itu dan suspek kemudiannya ditahan.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.
“Suspek telah direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 4 Ogos untuk membantu siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjat api (Penalti lebih berat) 1971.
Topic Berkaitan
#Taman Ria
#penagih dadah
#miliki pistol
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan