SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini, pada Sabtu membenarkan tempoh reman tujuh hari ke atas seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak di sini awal pagi Jumaat.
Perintah reman bermula Sabtu hingga Jumaat depan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pensyarah kolej maut dipukul suaminya akibat cemburu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kes itu diterima pihaknya pada jam 5.33 pagi daripada suami mangsa yang mengatakan isterinya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.
Menurutnya, pemeriksaan awal oleh doktor Hospital Shah Alam terhadap mangsa mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh.
"Siasatan polis mendapati wanita berusia 33 tahun (mangsa) itu telah dipukul oleh suaminya di rumah mereka akibat cemburu sebelum dibawa ke hospital.
"Suspek kemudian telah diberkas pada jam 12.49 tengah hari, hari yang sama selain rampasan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu dumbel," katanya.
Beliau berkata, semakan ke atas suspek berusia 38 tahun yang bekerja sendiri itu didapati memiliki dua rekod lampau bersabit kes pukul dan dadah.
"Semakan juga mendapati pasangan itu berkahwin pada April lalu dan ketika kejadian mangsa yang bekerja di Sarawak pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya," ujarnya.
Tambah Mohd Iqbal, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 16 2023
Seorang lelaki direman tujuh hari untuk siasatan kes bunuh isterinya di kediaman mereka di Shah Alam. - Foto Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.
Kemalangan maut babitkan tiga beranak: Penjual sayur direman hingga esok
Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut.
SPRM tahan bekas pengurus kanan disyaki bersubahat tuntutan palsu RM2 juta
SPRM memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
SPRM reman tiga hari dua penguatkuasa JIM atur kemasukan warga asing
Kedua-dua pegawai terbabit dipercayai bersekongkol dengan lelaki Bangladesh bagi mengatur laluan masuk seorang warga Indonesia tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.
Polis rampas 21kg dadah, tahan lima lelaki
Kesemua suspek yang berumur 30 hingga 47 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau di samping positif dadah jenis Methamphetamine.
Penjaga jentera elektrik direman minta rasuah RM30,000
Lelaki itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Pulau Pinang di sekitar Penaga dekat sini kira-kira 8 malam Khamis.
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman
Dua suspek terbabit dibawa menggunakan kenderaan polis sebelum tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.