JITRA: Seorang lelaki parah apabila tangan kirinya putus terkena libasan 'pedang samurai' oleh jirannya dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata jirannya turut cedera pada perut akibat terkena libasan parangnya, dalam kejadian jam 2.10 petang itu.
"Polis percaya berlaku pertengkaran mulut sebelum itu, dan ekoran tidak berpuas hati mangsa (lelaki putus tangan) datang ke rumah suspek membawa sebilah parang.
"Suspek (jiran) yang berang bertindak mengeluarkan sebilah 'pedang samurai' lalu melibas dan terkena tangan kiri mangsa sehingga putus," katanya di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, lelaki yang berusia 27 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Jitra oleh saksi yang berada di lokasi kejadian.
Katanya, jirannya berusia 29 tahun yang cedera pada perut dihantar ke hospital sama oleh anggota Unit Anggota Peronda (MPV).
Rodzi berkata, susulan kejadian polis merampas sebilah pedang samurai dan parang yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Sep 20 2021

Superintendan Rodzi Abu Hassan, menunjukkan lokasi kejadian pergaduhan di Kampung Kelubi Dalam, Jitra. - Gambar/ Astro AWANI
PBB bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, khususnya dalam hal penyebaran penyakit bawaan air.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segara
Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Menurut jurucakap tentera Israel, Danial Hagari, Rejim Zinonis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.

Setahun Kerajaan Madani: Malaysia kembali ke landasan betul di peringkat serantau, antarabangsa - Zambry
Malaysia dilihat sebagai sebuah negara dihormati khususnya apabila diundang baru-baru ini menghadiri dua mesyuarat penting PBB.

Abang Johari di COP 28, Dubai untuk ketengah projek hijau Sarawak
Beliau dijadual menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman antara InvestSarawak dan Surbana Jurong Pte Ltd.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat [LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701638608_TBPALESTINE.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Gaza dibanjiri mayat
Hospital di Gaza telah menerima berpuluh-puluh mayat ketika serangan udara Israel diteruskan pada hari keempat selepas gencatan senjata.

Pengawal keselamatan sekolah putus tangan ditetak dua individu
Dua suspek yang memakai topi keledar menutup muka dengan sapu tangan bersenjatakan parang telah menyerang mangsa sebelum bertindak melarikan diri.