awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rentung dalam kebakaran tokong

Aida Aziz
Aida Aziz
13/05/2020
02:53 MYT
Lelaki rentung dalam kebakaran tokong
Anggota keselamatan memadam api kebakaran yang melibatkan sebuah tokong Cina di Jalan Baru, Ayer Tawar, Manjung.
Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung dalam kebakaran di sebuah tokong di Jalan Baru, Ayer Tawar, di sini awal pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.30 pagi.
"Mangsa bekerja sebagai pengutip besi tinggal bersama adik lelakinya di tokong itu.
"Mangsa berusia 48 tahun itu ditemui rentung di ruangan tengah tokong tersebut, dia dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.
"Ketika kejadian, mangsa dan adiknya yang berusia 47 tahun sedang tidur. Bagaimanapun adik mangsa sempat menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap di dalam,"katanya pada Rabu.
Ujarnya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar menerima panggilan berhubung kejadian itu dan menggerakkan jentera bantuan dari BBP Sitiawan dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ayer Tawar.
"Kebakaran melibatkan sebuah tokong Cina berkeluasan 40x50 terbakar 50 peratus, mangsa dijumpa di ruangan tengah tokong dalam keadaan rentung pada pukul 6.49 pagi," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#mangsa
#manjung
#mati
#Nor Omar Sappi
#pengutip besi
#rentung
#tokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan