awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rentung dalam kemalangan kereta dan 4WD

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
11/12/2017
14:44 MYT
Lelaki rentung dalam kemalangan kereta dan 4WD
Seorang lelaki maut rentung apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda dalam kejadian di KM18 Jalan Teluk Intan-Langkap. -Astro AWANI
Seorang lelaki maut rentung apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda (4WD) dalam kejadian di KM18 Jalan Teluk Intan-Langkap di sini pada petang Isnin.
Dalam kejadian sekitar 3.30 petang itu, mangsa, Lee Kian Tui, 55, maut di tempat kejadian apabila dia tidak sempat menyelamatkan diri ketika kenderaannya terbakar selepas bertembung dengan kenderaan jenis Mitsubishi Triton.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, insiden dipercayai berlaku apabila kereta Mercedes yang dipandu mangsa dari Teluk Intan menghala ke Langkap bertembung secara berhadapan dengan kenderaan jenis Triton.
"Siasatan awal mendapati kenderaan Mercedes itu bertembung dengan Triton yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke Teluk Intan apabila tiba di tempat kejadian.
"Akibat pertembungan tersebut, kereta dipandu mangsa terbakar menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan rentung.
"Pemandu kenderaan lasak pula hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Mohd Marzukhi, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Mercedes
#Mitsubishi Triton
#rentung
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan