awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
[KOLUMNIS] 2026: Krisis peralihan serentak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/03/2024
03:40 MYT
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Semasa mangsa pulang ke rumah, dia mendapati cermin hiasan dinding telah dibakar oleh abangnya di tempat bakar sampah luar rumah, malah terdapat juga kerusi dirosakkan. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dengan dua rekod jenayah dan 14 rekod kesalahan dadah selepas disyaki melakukan khianat di rumah adik kandungnya di Taman Keramat, Ampang, Sabtu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.
"Semasa mangsa pulang ke rumah, dia mendapati cermin hiasan dinding telah dibakar oleh abangnya di tempat bakar sampah luar rumah, malah terdapat juga kerusi dirosakkan.
"Mangsa menjumpai satu botol berisi minyak petrol di dalam bilik suspek dan mengesyaki abang kandungnya itu mengambil dadah, kerana sebelum ini terdapat perbuatan yang mengancam keselamatan harta dan ahli keluarga.
"Bertindak atas laporan, polis membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 43 tahun di rumahnya dan siasatan awal mendapati punca kejadian kerana berada di bawah pengaruh dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Azam memaklumkan, hasil ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine, amfetamin dan mop.
Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang telah dibenarkan selama empat hari sehingga Rabu.
Kes disiasat bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Ampang Jaya
#bakar rumah
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan