awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki simbah cat, tampal notis ugutan ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2023
22:15 MYT
Lelaki simbah cat, tampal notis ugutan ditahan
Lelaki berkenaan direman sehingga 12 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat). - Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat serta menampal notis ugutan selain bertindak mengunci pagar lapan rumah di Iskandar Puteri, Seri Alam dan Johor Bahru Selatan sejak 20 Februari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, hasil semakan di telefon bimbit milik lelaki berkenaan, terdapat lapan rakaman video kejadian simbah cat yang dipercayai dilakukannya.
“Bertindak atas maklumat, polis telah membuat tangkapan dan rampasan ke atas seorang lelaki pada Khamis.
“Hasil soal siasat awal, lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam kesemua kejadian.
“Lelaki berkenaan direman sehingga 12 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).
Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti kes-kes yang melibatkan lelaki yang sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#simbah cat
#notis ugutan
#kunci pagar
#Rahmat Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan