awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tampar kakitangan Puspakom didakwa esok

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2025
10:45 MYT
Lelaki tampar kakitangan Puspakom didakwa esok
Tangkap layar video tular kejadian seorang lelaki menampar kakitangan Puspakom di Johor Bahru. -Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Lelaki yang tular bertindak melempang kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan didakwa pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 59 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat kerana menampar kakitangan Puspakom selepas lorinya gagal dalam pemeriksaan.
  • Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
  • Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian tersebut di media sosial untuk mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 59 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret pada Jumaat.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor pada Isnin lalu.
"Arahan pertuduhan telah diperoleh ke atas suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya dalam kenyataan akhbar pada Khamis
Pada 16 Januari lalu, media melaporkan hanya kerana lorinya gagal dalam pemeriksaan Puspakom, seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom November lalu.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis cawangan Puspakom berkenaan di Taman Daya di sini sebelum tular dalam media sosial.
Raub dilaporkan berkata, mengesahkan kejadian itu berlaku pada jam 5.40 petang 18 November lalu dan laporan polis diterima daripada mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang juga kakitangan Puspakom itu.
"Dia bertindak menampar mangsa selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan oleh mangsa," katanya.
Pada masa sama, Raub menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Puspakom
#tampar kakitangan
#lori gagal pemeriksaan
#sengaja menyebabkan kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan