awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/08/2024
07:45 MYT
Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas
Pasukan bomba membawa keluar mayat lelaki berusia 34 tahun itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa, di sini, selepas panik dengan kehadiran polis yang melakukan serbuan dadah di kawasan itu, ditemukan lemas pada Isnin.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 1.38 tengah hari tadi.
Katanya, mayat berkenaan ditemukan pada kedalaman tiga meter di dasar sungai oleh pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM yang melakukan selaman sejak pagi tadi.
"Mayat lelaki itu ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi kali terakhir dilihat. Operasi untuk menaikan mayat lancar kerana keadaan air tenang dan tidak berarus kuat.
"Mayat itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.15 petang Ahad.
Katanya, lelaki itu bertindak terjun ke sungai setelah panik dengan kehadiran pihak polis yang melaksanakan operasi di situ.
"Ketika itu terdapat tiga lelaki dengan dua daripada mereka melarikan diri manakala seorang lagi terjun ke sungai.
"Setelah terjun ke sungai, lelaki berkenaan dilihat berenang sejauh kira-kira 15 meter sebelum tenggelam," katanya.
Topic Berkaitan
#lari daripada polis
#terjun sungai
#lemas
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan