awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tumbuk mata isteri dihadap ke mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2019
10:40 MYT
Lelaki tumbuk mata isteri dihadap ke mahkamah
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
Padah menumbuk mata kiri isteri hingga cedera, seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Isnin.
Tertuduh, Mohd Fadlie Abdul Rahman, 32 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk mata kiri isterinya, Kamarina Mamat, 36 tahun .
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kondo Rakyat Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, pada jam 5.45 petang, 30 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM3,600 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Ka Full, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#keganasan domestik
#lelaki tumbuk isteri
#mahkamah
#tumbuk mata isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan