awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tunggang motosikal lawan arus maut bertembung kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
18/02/2022
03:45 MYT
Lelaki tunggang motosikal lawan arus maut bertembung kereta
Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta. -Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung, Bandar Utama di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 35 tahun yang menunggang secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8.45 malam.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 melalui tempat kejadian sedang menunggang secara lawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta.
"Penunggang merupakan seorang lelaki tempatan disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan dan kematian.
"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014 2536820 untuk membantu siasatan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lawan arus
#Jalan Tanjung
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#Yamaha Y15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan