SHAH ALAM: Seorang lelaki warga asing disyaki terlibat menjalankan penyeludupan minuman keras tidak bercukai dianggarkan bernilai RM28,116 ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Kim Chuan, Pelabuhan Klang pada Isnin.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, semakan lanjut mendapati lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua kenderaan, kita menemui 172 kotak berisi minuman keras disyaki diseludup, kita turut merampas telefon bimbit suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Rizal berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Dalam pada itu, beliau memohon masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 08 2022

Seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Kim Chuan Pelabuhan Klang pada Isnin. -Foto Sinar Harian

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50 ribu penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah Dan Galian.

AWANI Ringkas: harga binaan mahal

Kepentingan Pekerja | GLC, GLIC perlu lantik wakil MTUC dalam Lembaga Pengarah
Semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai ahli lembaga pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob langkah tersebut bertujuan membolehkan suara pekerja diambil kira dalam semua keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah.

Geran Tahunan | RM4 juta untuk MUTC, laksana program kesedaran & latihan
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan empat juta ringgit kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.

Pelantikan Tajuddin sebagai duta: "Jangan persoal kuasa Agong" - Ismail Sabri
Perdana Menteri minta keputusan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dihormati.

Danial Zaini sah bergelar suami kepada Yasmine, beri wang hantaran RM17,777.77
Dalam majlis yang cukup indah itu, turut diberi kejutan dengan pelancaran lagu terbaharu Danial Zaini yang bertajuk -HATI- yang ditulis khas oleh Danial sendiri.
![[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) [TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976231/thumbnails/20519348501656733233276_640x360.jpg)
[TERKINI] Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya. #AWANInews #MalaysiaSihat

'Tak sabar balik Malaysia bawa baby' - Raja Ilya selamat bersalin anak sulung
Raja Ilya menyifatkan pengalaman baharu yang dilaluinya itu satu rahmat dan memberi makna yang tersendiri dalam hidupnya.

AS umum bantuan keselamatan tambahan untuk Ukraine
Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai US$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa

Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan
Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan

Lelaki warga asing ditahan seludup 172 kotak minuman keras
Semakan lanjut mendapati lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.