awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan

Bernama
Bernama
05/09/2023
11:38 MYT
Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan
Hasil pemeriksaan polis mendapati bahawa suspek memiliki Mykad milik orang lain dan kad pengenalan warga Thailand. - Gambar hiasan
PADANG BESAR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif merempuh sebuah kereta polis di hadapan Taman Kastam pada Ahad (3 Sept).
Kejadian yang berlaku sekitar 9.30 malam itu menyaksikan suspek, 32, yang menaiki kereta jenis Proton Perdana menyedari kehadiran kereta polis dan bertindak memecut laju dengan melanggar sebuah kereta polis yang dinaiki tiga anggota.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata suspek berjaya meloloskan diri.
"Suspek bertindak keluar kereta dan meloloskan diri di kawasan semak di Kampung Kok Mak dan berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam, di sebuah rumah di Padang Besar kira-kira 9 malam semalam (4 Sept)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya hasil pemeriksaan polis mendapati bahawa suspek memiliki Mykad milik orang lain dan kad pengenalan warga Thailand.
"Hasil siasatan awal mendapati kad pengenalan rakyat Malaysia itu dilaporkan hilang pada 2021," katanya.
Mohd Shokri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki MyKad orang lain.
Beliau berkata suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine, direman empat hari bermula hari ini.
Mohd Shokri berkata ketiga-tiga anggota polis tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rempuh kereta polis
#padang besar
#suspek ditahan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan