awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Virus Nipah: Saringan pengembara berisiko langkah proaktif cegah penularan
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Bangladesh bersalah goda isteri orang untuk lakukan persetubuhan haram

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/09/2020
07:14 MYT
Lelaki warga Bangladesh bersalah goda isteri orang untuk lakukan persetubuhan haram
Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di kawasan Pekan Wakaf Tapai, Marang sekitar bulan April lalu. - Gambar Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Padah menggoda isteri orang, seorang lelaki warga Bangladesh didenda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Marang pada Selasa.
Hukuman itu diputuskan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda selepas tertuduh Abu Taher, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja di sebuah kilang papan didakwa telah memujuk seorang wanita berusia 38 tahun yang juga isteri orang dengan niat akan melakukan persetubuhan haram.
Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di kawasan Pekan Wakaf Tapai, Marang sekitar bulan April lalu.
Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan itu, ia memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#haram
#wanita
#penjara
#persetubuhan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami