awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga China maut dalam kebakaran rumah

Bernama
Bernama
17/04/2025
12:45 MYT
Lelaki warga China maut dalam kebakaran rumah
Sebuah rumah teres di Taman Daya yang terbakar pada Rabu malam. - Gambar Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga China maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Bertam 15, Taman Daya, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku pada 11 malam dan mangsa dikenali sebagai Wu Zhongdi, 47 tahun.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan. Tiada unsur jenayah dikesan setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Muhamad Syahhir Ikhwan Mohamad berkata kebakaran melibatkan rumah teres setingkat yang musnah 80 peratus dan dipercayai dihuni tujuh individu termasuk enam penyewa.
"Seorang mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan," katanya.
Muhamad Syahhir Ikhwan berkata kejadian itu juga menyebabkan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik rumah melecur tahap satu manakala penghuni lain dilaporkan selamat.
Operasi pemadaman yang melibatkan 19 pegawai dan anggota bomba tamat pada 1.30 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas kesihatan
#meninggal dunia
#rumah teres
#unsur jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan