awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/03/2024
03:40 MYT
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Rabu. - Astro AWANI
MANJUNG: Seorang lelaki warga emas direman seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh abang dan kakak iparnya yang ditemui mati di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, di sini, pada Selasa.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 61 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung, pada Rabu.
Majistret T. Kavita membenarkan suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna oren, tiba di pekarangan mahkamah menaiki kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi.
Pada Selasa, media melaporkan pasangan suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis.
Keadaan mangsa masing-masing berusia 74 tahun itu dimaklumkan kepada polis sekitar jam 3.30 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah berkata, siasatan dijalankan mendapati, telah berlaku pertengkaran antara kedua-dua mangsa dengan seorang lelaki sebelum kejadian.
Menurutnya, pertengkaran bersama lelaki yang merupakan adik kepada suami itu dikatakan berpunca daripada perebutan harta tanah kebun.
Katanya, mayat suami isteri itu dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka, kesan dilibas dengan sabit sawit.
Topic Berkaitan
#warga emas
#reman
#bunuh
#kebun sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan