KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun yang videonya tular kerana mengugut seorang pemandu dengan menggunakan serpihan batu bata.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Heisham Harun berkata lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu van mempunyai empat rekod kesalahan jenayah lampau dan akan direman Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.
"Lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat di tempat awam," katanya dalam kenyataan Rabu malam.
Heisham berkata terdahulu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 2 petang Rabu.
Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin dan membaling sebiji batu ke arah keretanya di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, Kepong di sini pada 28 Dis lepas.
"Sebelum kejadian, mangsa memandu kereta di Jalan Metro Prima dan terdapat sebuah lori menghalang laluannya.
"Suspek yang memandu di belakang mangsa membunyikan hon dan memaksanya meneruskan pemanduan selain memaki hamun kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengangkat tangan sebelum beredar," katanya.
Menurut Heisham ketika mangsa berada di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, suspek telah datang ke arah keretanya sambil membawa serpihan batu bata sebelum mengetuk cermin hadapan dan kanan serta membaling objek tersebut ke arah bumbung kereta.
Video kejadian berdurasi 28 saat berkenaan kemudian tular menerusi media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 2 petang Rabu. -Foto media sosial

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Wanita curi duit di kaunter bas ada masalah mental
Polis menyerahkan seorang wanita yang dipercayai memiliki masalah mental ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis, setelah wanita berkenaan ditahan kerana cuba mencuri wang.

Lelaki warga emas ditahan ugut guna batu
Lelaki itu ditahan pada 3 petang Rabu di Balai Polis Sentul selepas membuat laporan mengenai kejadian berkenaan.

Tular: Polis buka 2 kertas siasatan kes buli di sekolah Kota Kinabalu
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian buli di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu yang berlaku Selasa lalu, yang rakaman video mengenainya menjadi tular.

Guru, netizen perlu elak sebar video pergaduhan di sekolah - Fadhlina
Semua guru serta netizen di negara ini disaran tidak menyebarkan sebarang rakaman video melibatkan insiden pergaduhan di sekolah.

Polis tahan dua lelaki bermotosikal disyaki ganggu wanita
ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas.

Kanak-kanak 4 tahun mangsa dera ditemui bersendirian tepi jalan
Seorang kanak-kanak lelaki mangsa dera dijumpai duduk bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Pangsapuri Cheras Utama, Batu 9, Cheras.

6 lelaki ditahan gaduh di hadapan klinik kesihatan
Polis menahan enam lelaki semalam disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan Klinik Kesihatan Taiping, Jalan Tupai seperti yang tular menerusi media sosial.

Suspek kes curi hanya cedera, bukan meninggal dunia - Polis
Polis mengesahkan suspek yang dipukul dalam kejadian kes curi di sebuah pasar raya di daerah ini hanya cedera dan bukannya meninggal dunia seperti ditularkan di media sosial.

Polis siasat video tular lelaki parah dipukul
Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki parah dipukul dua individu di Flat San Peng, Jalan Gandek, Pudu pada Rabu.

Selepas 83 tahun warga emas akhirnya miliki kad pengenalan
Selama 83 tahun hidup tanpa sebarang pengenalan diri, seorang warga emas, Wan Nab Ismail akhirnya sah sebagai warganegara apabila menerima sijil lahir dan kad pengenalan miliknya sendiri hari ini.