awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru

Bernama
Bernama
08/03/2025
08:40 MYT
Lelaki warga emas maut berbalas tembakan dengan polis di Johor Bahru
Kumar berkata pihaknya turut menemukan sepucuk pistol jenis 'Smith and Wesson' di atas jalan berhampiran suspek serta empat peluru hidup dan dua kelongsong. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, di sini, kira-kira 3.10 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Molek, Johor, selepas melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahannya.
  • Polis menemukan sepucuk pistol jenis 'Smith and Wesson', empat peluru hidup, dan dua kelongsong di lokasi kejadian. Suspek mempunyai 14 rekod jenayah dan dadah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah dan dadah untuk menghubungi talian hotline polis Johor.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata dalam kejadian itu dua kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan telah mengesan sebuah motosikal jenis Honda Vario ditunggang lelaki tempatan berusia 63 tahun itu di kawasan Jalan Persiaran Bumi Hijau di taman berkenaan, dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata susulan itu, pasukan polis telah mengekori dan berjaya menahan motosikal tersebut di kawasan berhampiran.
"Bagaimanapun ketika pihak polis ingin turun bagi membuat pemeriksaan, penunggang motosikal itu telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka menyebabkan polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri.
"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit telah terkena tembakan dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Warga emas mati kena tembak
Kumar berkata pihaknya turut menemukan sepucuk pistol jenis 'Smith and Wesson' di atas jalan berhampiran suspek serta empat peluru hidup dan dua kelongsong.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah dan dadah termasuk satu rekod di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, satu rekod Akta Senjata 1960 serta satu rekod Masih Dikehendaki Polis.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.
Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah dan dadah supaya menghubungi talian hotline polis Johor dengan menelefon 019-2792095 atau hubungi bilik gerakan di talian 07-2212999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditembak mati
#kejadian berbalas tembakan
#polis johor
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan