KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang berusaha memastikan kalangan peniaga getah menggunakan aplikasi RRIMniaga secara konsisten, selaras dengan dasar kerajaan melestarikan industri getah selain mempunyai pangkalan data komprehensif ke arah kebolehkesanan.
RRIMniaga adalah aplikasi telefon pintar dibangunkan oleh LGM bagi kegunaan peniaga getah berlesen dengan agensi itu untuk melaksanakan urus niaga komoditi itu secara dalam talian.
Dalam kenyataan hari ini, LGM berkata data RRIMniaga akan membolehkan bantuan-bantuan kerajaan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) disalurkan terus ke akaun bank pekebun kecil tanpa perlu membuat permohonan secara manual.
Sehubungan itu, LGM menegaskan bahawa ia memandang serius keingkaran peniaga getah berlesen terbabit menggunakan RRIMniaga yang boleh membantutkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan segera berkenaan.
"LGM akan mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk membatalkan lesen mana-mana peniaga getah yang masih gagal mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan.
"Peniaga getah berlesen dengan LGM telah diwajibkan mengguna pakai aplikasi RRIMniaga untuk merekod urus niaga getah berkuatkuasa pada 1 Jan, 2021. Kegagalan peniaga menggunakan RRIMniaga itu akan mengakibatkan pekebun kecil tidak menerima insentif-insentif ini," katanya.
Malah, LGM berkata sebanyak 19 premis peniaga getah berlesen yang terbukti gagal berbuat demikian, telah dikompaun dalam 'OPS Patuh RRIMniaga' di beberapa negeri bagi tempoh Januari hingga 15 Ogos, 2023.
Tindakan penguatkuasaan tersebut selaras dengan peraturan LGM (Pelesenan dan Permit) 2014 di bawah Peraturan (6)(2) iaitu "pemegang lesen hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan ke atas suatu lesen"
Jika sabit kesalahan, pemegang lesen tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, kata LGM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
RRIMniaga adalah aplikasi telefon pintar dibangunkan oleh LGM bagi kegunaan peniaga getah berlesen dengan agensi itu untuk melaksanakan urus niaga komoditi itu secara dalam talian. - Gambar hiasan
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki pasaran niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum meningkat dalam niaga hadapan getah serantau serta ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata peniaga.
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur susulan sentimen serantau lebih lemah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.
Malaysia lancar Getah Asli Mampan untuk penuhi standard kemampanan antarabangsa
Ia bertujuan memastikan industri getah negara dapat memenuhi keperluan antarabangsa selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030.
Lembaga Getah Malaysia aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak
Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.
Pekebun kecil getah Sabah, Sarawak dapat bayaran IPG pada Mei
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil telah diaktifkan untuk Sabah dan Sarawak dari 1-30 Jun 2024.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 1.5 sen kepada 772.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 1.0 sen kepada 726.0 sen sekilogram.
Pasaran getah ditutup kukuh, SMR 20 catat paras tertinggi 24 bulan
Aliran menaik dalam pasaran fizikal juga selari dengan pasaran fizikal getah serantau di tengah-tengah kelemahan ringgit berbanding dolar AS.
RM150 juta untuk baiki, turap jalan guna teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan
Jumlah itu mampu menampung kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan melibatkan jajaran sepanjang 270km.
Empat insentif pekebun kecil getah beralih ke pengeluaran lateks melalui IPL - Fadillah
Bayaran Insentif Penyertaan RM200 sebulan merupakan antara empat insentif kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada pengeluaran lateks (susu getah) melalui program Insentif Pengeluaran Lateks (IP
Lembaga Getah ambil tindakan peniaga enggan guna aplikasi RRIMniaga
Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang berusaha memastikan kalangan peniaga getah menggunakan aplikasi RRIMniaga secara konsisten.