awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Pengarah SRC tidak tahu Nik Faisal ialah 'perantara' Najib, SRC

Isabelle Leong
Isabelle Leong
11/06/2019
20:10 MYT
Lembaga Pengarah SRC tidak tahu Nik Faisal ialah 'perantara' Najib, SRC
Bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail membuat pengakuan tersebut apabila disoal balas oleh peguam pembelaan, Harvinderjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Lembaga Pengarah Syarikat SRC International Sdn Bhd tidak pernah mendapat pengesahan sama ada pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil bertindak sebagai ‘perantara’ (link) antara syarikat tersebut dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Tan Sri Ismee Ismail membuat pengakuan tersebut apabila disoal balas oleh peguam pembelaan, Harvinderjit Singh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Harvinderjit merujuk kepada kenyataan bertulis Ismee yang menyatakan bahawa Nik Faisal merupakan 'perantara' yang menghubungkan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan dengan Najib sekiranya terdapat isu yang perlu diketengahkan kepada Najib yang pada ketika itu, merupakan Perdana Menteri.
Mahkamah diberitahu bahawa Najib juga merupakan Menteri Kewangan dan mengetuai Minister of Finance Incorporated (MOF Inc) serta dilantik sebagai Penasihat Emeritus SRC International pada ketika itu.
BACA: Kes SRC: Saya tak lihat Najib tandatangan minit mesyuarat - Saksi ke-39
Harvinderjit: Lembaga Pengarah SRC tidak pernah meminta pengesahan berkenaan sebarang perbincangan, jika ada, antara Nik Faisal dan Najib selaku Penasihat Emeritus? Anda hanya menerima dan mempercayai apa yang Nik Faisal katakan? Tidakkah ia kedengaran pelik? Ia kedengaran benar?
Ismee: Ya.
Najib, 66 tahun, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
#Lembaga Pengarah
#link
#Najib Razak
#Najib SRC Trial
#Nik Faisal Ariff Kamil
#perantara
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan