awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Zakat Selangor sahkan seorang warga kerjanya positif COVID-19

Bernama
Bernama
23/11/2020
16:30 MYT
Lembaga Zakat Selangor sahkan seorang warga kerjanya positif COVID-19
LZS dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, petugas itu disahkan positif COVID-19 semalam selepas menjalani ujian saringan pada Khamis lepas dan sedang menjalani rawatan di hospital. - Gambar fail
SHAH ALAM:Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan seorang warga kerjanya di ibu pejabat institusi itu di Seksyen 13 di sini positif COVID-19.
LZS dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, petugas itu disahkan positif COVID-19 semalam selepas menjalani ujian saringan pada Khamis lepas dan sedang menjalani rawatan di hospital.
Menurut kenyataan itu, petugas berkenaan sebelum ini dikesan sebagai kontak rapat kepada keluarganya yang terdekat dan telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah sejak 11 Nov lepas.
"Sepanjang tempoh kuarantin, kakitangan berkenaan tidak hadir ke pejabat dan tidak berurusan dengan mana-mana warga kerja lain serta pelanggan. LZS bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan semua tindakan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 dilaksanakan segera," menurut kenyataan itu.
LZS juga memaklumkan, proses disinfeksi secara menyeluruh telah dilaksanakan di kawasan kerja yang terlibat mengikut garis panduan ditetapkan.
Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan yang berurusan di LZS dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan di semua cawangan premis institusi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Zakat Selangor
#LZS
#positif COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#COVID-19
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan