awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/09/2023
02:35 MYT
Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Surat tawaran rasmi pula akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sijil setaraf boleh menyemak keputusan permohonan ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024 mulai hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan akhbar, pada Khamis.
KPT berkata, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.
Menurutnya, semakan boleh dibuat menerusi pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my serta melaiui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
“Pengesahan setuju termasuk tolak tawaran bermula pada 8 September hingga 16 September 2023 di laman web rasmi UA.
“Surat tawaran rasmi pula akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September 2022 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya.
Katanya, hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 7 September 2023, pukul 12.00 tengah hari sehingga 16 September 2023, pukul 5 petang.
Jelasnya lagi, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.
“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.
Katanya, sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 03- 8870 8200 atau emel ke [email protected].
Topic Berkaitan
#STPM
#UA
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan