KUALA SELANGOR: Sekitar 80 peratus graduan lepasan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang berlandaskan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) memperoleh pekerjaan selepas tamat pembelajaran.
Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Zurihanmi Zakaria berkata jumlah itu merupakan satu permulaan baik dalam usaha negara meningkatkan minat generasi muda untuk menceburi bidang pertanian sebagai sumber pendapatan.
"Di bawah KPKM kita ada 15 pusat TVET yang berasaskan pertanian yang menawarkan kursus teknologi pertanian kepada generasi muda untuk memastikan mereka mendapat pengetahuan luas mengenai arus pertanian dan keterjaminan makanan negara.
"Ilmu ini penting untuk mereka kerana kita tidak mahu anak muda yang masuk ke bidang pertanian tanpa ilmu dan sekadar mengusahakan kerana mereka adalah pewaris hari esok dan menggantikan generasi terdahulu dalam aspek pertanian, jadi kita perlu generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk terlibat secara aktif dalam bidang pertanian," katanya pada program Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada Sabtu.
Reruai bagi PLKPK dibuka untuk orang ramai di pavilion KPKM sempena Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor bermula Jumaat hingga Sabtu.
Sementara itu Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP) KPKM Maturuni Tukiman ketika ditemui Bernama di sini, berkata PLKPK dibuka kepada semua generasi muda berumur 18 hingga 25 tahun yang berkelayakan.
Beliau berkata pelajar yang berminat akan ditawarkan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) membabitkan 10 bidang iaitu Tanaman, Pengeluaran Padi, Ternakan Ruminan, Ternakan Poltri, Akuakultur Marin, Akuakultur Air Tawar, Teknologi Perikanan Tangkapan, Pemprosesan Makanan, Pemasaran dan Penyenggaraan Jentera Pertanian.
"Terdapat 15 pusat bertauliah yang menawarkan program ini dengan yuran pengajian adalah percuma, malah pelatih juga akan diberi elaun RM200 hingga RM300 sebulan dan makan minum serta penginapan turut disediakan.
"Dengan ilmu kemahiran secara percuma ini, generasi muda sepatutnya tidak melepaskan peluang kerana usaha kerajaan untuk mengurangkan import negara dan menghasilkan tanaman sendiri akan membawa manfaat dan keuntungan kepada mereka pada masa akan datang," katanya.
Maturuni berkata sejak PLKPK diwujudkan pada 2002, ramai ikon pertanian negara berjaya dilahirkan dalam kalangan golongan muda, antaranya lulusan SKM Tahap 3 (Poltri) pada 2018, Mohamed Aiman Syafiq Mahiddin yang berjaya menguasahakan ternakan ayam pedaging dan kambing.
Katanya kini pelatih lepasan Institut Teknologi Unggas di Masjid Tanah, Melaka itu berjaya menjual 4,000 ekor ayam sebulan dengan pendapatan sekitar RM300,000 sebulan atau RM3 juta setahun dengan bantuan dan sokongan kontrak bersama syarikat tempatan.
Justeru, beliau mengajak anak muda yang menghadiri Program MADANI Rakyat di Kuala Selangor mendapatkan maklumat lanjut berkenan PLKPK di pavilion KPKM dan mendaftarkan diri bagi kemasukan pada Mac atau Disember ini.
"Kita sangat mengharapkan anak muda masuk ke bidang ini kerana kuota setiap kemasukan adalah 500 orang tetapi setiap kali dibuka hanya sekitar 250 pelatih yang berdaftar dan kami sangat mengalukan lebih ramai kerana ini dapat membantu menjamin masa depan pertanian negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Di bawah KPKM kita ada 15 pusat TVET yang berasaskan pertanian yang menawarkan kursus teknologi pertanian kepada generasi muda. - Foto BERNAMA
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.
Elon Musk ke Bali untuk pelancaran Starlink
Elon Musk berada di Bali untuk melancarkan perkhidmatan Starlink dan kerajaan sudah membuat tawaran rasmi kepada Tesla untuk membuka kilang bateri di negara itu.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Skim baharu tangani isu beras diumum minggu ini - Mohamad Sabu
Satu skim baharu bagi menstruktur semula industri padi dan beras tempatan sebagai penyelesaian jangka panjang akan diperkenalkan KPKM dalam masa terdekat.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Produk makanan halal Malaysia tembusi pasaran di 150 negara - Mohamad
Eksport produk makanan proses berstatus halal Malaysia kini berjaya menembusi lebih 150 negara yang mencakupi 1.8 bilion umat Islam global.
Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak
Bagaimanapun, kajian menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan pihak berwajib bagi memastikan projek berjalan lancar.