awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lesen gerenti lulus': SPRM tahan menantu pemilik sekolah memandu

Kenyataan Media
Kenyataan Media
01/02/2023
13:49 MYT
'Lesen gerenti lulus': SPRM tahan menantu pemilik sekolah memandu
Suspek berkerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimiliki oleh bapa mentuanya secara sambilan.- Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pekerja sambilan di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu, hari ini.
Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan telah meminta wang tersebut sebagai dorongan mendapatkan lesen 'gerenti lulus'.
Tambah sumber tersebut, suspek berkerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimiliki oleh bapa mentuanya secara sambilan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.
Ujar beliau, pihaknya akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#sekolah memandu
#SPRM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan