awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen judi: Rayuan Kerajaan Negeri Kedah ditolak dengan keputusan majoriti 2-1

Bernama
Bernama
12/12/2025
10:45 MYT
Lesen judi: Rayuan Kerajaan Negeri Kedah ditolak dengan keputusan majoriti 2-1
Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tentang lesen judi sebagai tidak berpelembagaan. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, melalui keputusan majoriti 2-1, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati arahan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi perjudian adalah tidak berperlembagaan.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tentang lesen perjudian sebagai tidak berperlembagaan.
  • Hakim Lim dan Hakim Faizah menolak rayuan Kerajaan Negeri Kedah serta Menteri Besar atas alasan tiada merit, sementara Hakim Azizah menentang keputusan itu.
  • Keputusan Mahkamah Rayuan menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan mengganggu kuasa Menteri Kewangan dalam hal perjudian.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Lim Hock Leng dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Faizah Jamaludin menolak rayuan yang difailkan oleh Kerajaan Negeri Kedah serta Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas alasan tiada merit manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi menentang keputusan itu.
Ketika menyampaikan keputusan majoriti, Lim dan Faizah memutuskan bahawa arahan Kerajaan Negeri Kedah adalah ultra vires serta tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Lim berkata hal ehwal berkaitan perjudian dan loteri berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan kerana lesen untuk ejen serta pengusaha perjudian dikeluarkan dan dikawal selia oleh kementerian berkenaan.
Faizah pula berkata keengganan Kerajaan Negeri Kedah untuk memperbaharui lesen premis perjudian telah menceroboh kuasa Persekutuan dan menjejaskan kuasa Menteri Kewangan di bawah Akta Pertaruhan Wang Terkumpul.
"Keadaan ini mewujudkan konflik sebenar antara kuasa kerajaan negeri dan persekutuan di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru itu, keputusan hakim Mahkamah Tinggi tidak khilaf," katanya.
Bagaimanapun, Azizah berkata rayuan itu sepatutnya dibenarkan kerana kerajaan negeri membuat keputusan itu atas dasar awam.
Pada 20 Jun tahun lepas, Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh beberapa ejen perjudian, syarikat serta pegawai mereka terhadap keputusan Kerajaan Negeri Kedah.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#Mahkamah Tinggi
#Kerajaan negeri Kedah
#lesen perjudian
#Muhammad Sanusi Md Nor
#tidak berpelembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan