awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen tamat tempoh, tiada insurans punca motosikal pekerja p-hailing disita - JPJ

Bernama
Bernama
13/09/2023
08:23 MYT
Lesen tamat tempoh, tiada insurans punca motosikal pekerja p-hailing disita - JPJ
JPJ negeri memaklumkan ia juga dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
SEREMBAN: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita sebuah motosikal pekerja p-hailing semalam seperti yang tular di media sosial adalah berikutan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.
JPJ negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia juga dilakukan bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
"Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai dekat sini semalam bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
"Sepanjang penguatkuasaan tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang oleh penghantar makanan tersebut," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, JPJ sentiasa memandang serius terhadap setiap kesalahan dan individu yang mengabaikan undang-undang atau peraturan, selain akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.
Tular sejak semalam video memaparkan anggota penguat kuasa JPJ menyita sebuah motosikal pekerja p-hailing menyebabkan penunggang tersebut terpaksa berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota penguat kuasa
#JPJ
#motosikal pekerja p-hailing disita
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan