SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di bawah Parlimen.
Menurutnya, langkah meletakkan SPRM di bawah Parlimen akan memastikan proses semak dan imbang SPRM lebih bebas serta telus.
"Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan menjadi prerogatif Parlimen dan bukan lagi perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
"SPRM tidak boleh terlalu kebal sehingga tidak ada kaedah yang 'transparent' untuk bertindak jika terdapat dakwaan salah laku dalaman oleh orang atasan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Selasa lalu, pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.
Gomez dalam surat peletakan jawatannya kepada Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang tular di media sosial berkata, keputusan itu dibuat kerana timbul persoalan mengenai ‘hubungan antara perniagaan dan pihak berkuasa’ dan situasi konflik kepentingan membabitkan pegawai tinggi SPRM.
BACA: Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi 'nanah' dalam organisasi
Mohd Puad turut mempersoalkan apakah tindakan susulan berhubung dakwaan tersebut yang turut menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiam diri.
"Seperti yang dijangkakan semua pihak senyap dan plaster mulut. PM (perdana menteri) juga tidak komen apa apa.
"Akhirnya kita balik amalan lapuk. Mula mula panas kemudian tutup buku dan dilupakan. Rakyat tertunggu tunggu tanpa ada penyelesaian konkrit," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 03 2022
MOHD PUAD: SPRM tidak boleh terlalu kebal sehingga tidak ada kaedah yang 'transparent' untuk bertindak jika terdapat dakwaan salah laku dalaman oleh orang atasan. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kritikan Puad Zarkashi bersifat peribadi, tidak jejas pendaftaran PADU - Rafizi
Rafizi berkata mana-mana perubahan yang dilakukan kerajaan selalunya memang akan mendapat tentangan.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Najib-Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri - Puad
Puad berkata, perkara berkenaan tidak perlu dilayan, sambil menyifatkan individu yang memberi cadangan itu sebagai 'buta sejarah'.
ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.
UMNO tidak perlu adakan EGM - Puad Zarkashi
Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata adalah lebih baik UMNO melaksanakan 'post mortem' terperinci di semua peringkat.
Ismail Sabri gagal bezakan idealisme dengan 'uslub' - Puad
Ahli MKT UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai gagal membezakan antara idealisme dengan kaedah atau cara berjuang (uslub).
Ahmad Zahid tidak perlu letak jawatan - Puad
Tindakan mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO tidak akan menyelesaikan isu terutama sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Laluan UMNO masih berliku - Mohd Puad
"Bukan mudah untuk UMNO mencari formula baharu. Tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Perpaduan."
1MDB: Kenapa Najib terus dizalimi? - Ahli MKT UMNO
Mohd Fuad berasa pelik apabila 1MDB meneruskan saman sivil terhadap Najib dengan menuntut ganti rugi AS$8 bilion daripada bekas Presiden UMNO itu.