awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi 'nanah' dalam organisasi

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2022
05:22 MYT
Sikap berdiam diri SPRM, Azam akan jadi 'nanah' dalam organisasi
Fahmi berkata, memandangkan Parlimen tidak bersidang sehingga 28 Feb, langkah terbaik pada waktu ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM itu direhatkan sementara siasatan dilakukan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketuanya, Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan konflik kepentingan melibatkan pegawai tinggi dan pemilikan saham akan menjadi ‘nanah’ yang membengkak dalam organisasi tersebut.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu juga akan merosakkan nama baik SPRM dan sikap berdiam diri Azam akan terus membawa kepada percakapan umum.
“Kita tidak mahu isu ini menjadi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pelbagai cara digunakan pihak tertentu untuk mendiamkan mereka yang cuba membangkitkan isu berkenaan di Parlimen dan luar Parlimen,” katanya pada Ahad.
Mengulas lanjut, Fahmi menambah, pada 14 Disember tahun lalu, ahli-ahli Parlimen telah mengutarakan satu usul tergempar untuk membahaskan dakwaan itu tetapi tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
“Parlimen merupakan tempat terbaik untuk isu ini dijelaskan tetapi memandangkan Parlimen tidak bersidang sehingga 28 Februari, terbaik pada waktu ini ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan sementara siasatan dilakukan.
“Timbalan beliau memangku dan siasatan dilakukan oleh polis membabitkan beberapa aspek dalam konteks jenayah atau jenayah komersil."
BACA: Peletakan jawatan Terence Gomez, SPRM perlu nyata pendirian - #RasuahBusters
BACA: Terence Gomez letak jawatan ahli panel SPRM
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut bersetuju Azam direhatkan sementara daripada tugasnya.
“Tuduhan ini berat kerana tugas SPRM menentang rasuah. Saya rasa tidak sesuai untuk Azam bergerak secara aktif.
“Beliau perlu direhatkan sementara siasatan berlangsung. Kalau betul tidak ada penglibatannya, beliau boleh kembali bertugas,” jelasnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Fahmi Fadzil
#konflik kepentingan dalam SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan