awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2025
05:00 MYT
Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Tangkap layar rakaman video sebelum berlaku letupan menyebabkan kerosakan teruk dan kesan letupan mengakibatkan kerosakan pada struktur bangunan. -Sinar Harian
KLANG: Elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen antara yang akan disiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) susulan insiden letupan sebuah kilang kimia di Taman Perindustrian Kapar Bestari, Klang.

Ringkasan AI
  • Letupan berlaku di sebuah kilang kimia, menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan kilang tersebut dan kilang berdekatan. Sebuah lori tangki hancur akibat letupan, namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan.
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menyiasat elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen. Mereka menunggu kebenaran pihak bomba untuk memasuki lokasi kejadian.
  • Pasukan Hazmat menjalankan pengujian udara dan mendapati udara dalam keadaan normal. Bahan yang terlibat adalah jenis recycle acid.

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.
"Siasatan akan menjurus isu kecuaian atau terdapat pelanggaran syarat lesen yang dikeluarkan oleh JAS," katanya pada Selasa.
Dalam kejadian pada Ahad, sebuah lori tangki hancur akibat letupan di sebuah kilang kimia di lokasi terbabit, namun tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Insiden itu turut menyebabkan kerosakan pada bangunan kilang berkenaan serta kilang berdekatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 4.45 petang Isnin.
Pasukan Hazmat (Unit Pengurusan Bahan Berbahaya) menjalankan pengujian udara dan mendapati udara dalam keadaan normal dan bahan terlibat adalah jenis recycle acid. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#letupan kilang
#Taman Perindustrian Kapar Bestari Klang
#kecuaian dan pelanggaran syarat lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan