MALAYSIA
Letupan Putra Heights: Laporan siasatan teknikal dijangka siap 26 Jun - Amirudin

Insiden letupan pap gas pada 1 April 2025 itu mengakibatkan 305 mangsa terkesan dan 190 kediaman terbakar. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laporan siasatan teknikal berhubung insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dijangka siap pada 26 Jun ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil siasatan teknikal itu akan digabungkan bersama siasatan jenayah bagi memastikan laporan lengkap yang menyeluruh sebelum ia dibentangkan secara umum.
Jelas beliau, laporan siasatan jenayah tidak boleh dikeluarkan ketika ini kerana ia perlu dicantumkan bersama siasatan teknikal berikutan masih ada ruang yang akan dikenalpasti hasil daripada siasatan jenayah.
"Ini termasuk mengenalpasti keutuhan paip, pergerakan tanah, adakah aktiviti di luar itu memberi tekanan itu semua skop siasatan di bawah teknikal Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya memetik laporan sebuah portal berita tempatan hari ini.Pada 27 Mei, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan siasatan polis serta JKKP berhubung kebakaran saluran gas di Putra Heights, dijangka dikeluarkan pada hujung Jun.
Hussein berkata siasatan oleh polis yang turut meliputi unsur kecuaian atau khianat telah selesai dilakukan, dan pihaknya sedang menunggu JKKP melengkapkan siasatan mereka.
Kebakaran saluran gas di Putra Heights pada 8.10 pagi, 1 April menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya,
Insiden itu turut menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter di lokasi dan mengakibatkan 305 mangsa terkesan dan 81 kediaman musnah dengan 40 peratus mengalami kemusnahan struktural.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami