awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leypark Station tarik lebih 10,000 pengunjung

Bernama
Bernama
06/03/2022
00:37 MYT
Leypark Station tarik lebih 10,000 pengunjung
Leypark Station. - Foto Twitter Bernama
MELAKA: Leypark Station yang terletak di Ayer Keroh di sini, terus mendapat perhatian masyarakat setempat dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam tempoh tidak sampai tiga bulan sejak ia dibuka.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Datuk Shadan Othman berkata keadaan itu sekali gus memberi impak positif kepada kawasan tersebut apabila ia turut menarik sejumlah peniaga.
"Dengan keadaan tidak menentu sekarang ini, kawasan tersebut masih mampu menarik 80 peniaga sejak mula beroperasi pada akhir Disember lepas dan jumlah pengunjung yang mencari kawasan bersantai sambil menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman turut meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Katanya kawasan itu menjadi pilihan golongan muda serta mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk memulakan perniagaan berasaskan makanan dan minuman pada skala kecil dan sederhana.
Beliau berkata demikian susulan lawatan dan ramah mesra bersama peniaga di Leypark Station, yang turut dihadiri Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pada Jumaat.
Ab Rauf dalam pada itu berharap peminjam daripada mana-mana skim termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional agar segera melunaskan pembayaran balik pinjaman mereka mengikut ketetapan yang diberikan.
Katanya ini bagi membolehkan ia dijadikan sebagai modal pusingan kepada orang lain yang mahu berniaga, selain mewujudkan situasi 'menang-menang' memandangkan agensi tersebut juga telah melanjutkan tempoh bayaran balik kepada mereka yang terkesan.
"Kalau mereka (peniaga) tidak bayar balik, TEKUN tidak dapat beri pinjam pada orang lain. Kami faham waktu pandemik ini banyak peniaga terkesan, tetapi agensi itu telah memberi satu ruang termasuk memanjangkan tempoh bayaran balik.
"Jadi saya harap peniaga ini bekerjasama dengan pihak TEKUN dengan membayar balik pinjaman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Leypark Station
#Ayer Keroh Melaka
#peniaga
#Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan