awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN nafi keluar surat minta bayaran cukai keuntungan pelaburan saham

Bernama
Bernama
17/04/2020
10:51 MYT
LHDN nafi keluar surat minta bayaran cukai keuntungan pelaburan saham
LHDN dalam kenyataan pada Jumaat, menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan dahulu dengan pihak LHDN sekiranya menerima sebarang e-mel atau surat yang meragukan berkaitan lembaga itu. - Gambar Sinar Harian
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah mengeluarkan surat memohon bayaran baki cukai tertunggak atas keuntungan pelaburan saham di sebuah syarikat pelaburan.
LHDN dalam kenyataan pada Jumaat, menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan dahulu dengan pihak LHDN sekiranya menerima sebarang e-mel atau surat yang meragukan berkaitan lembaga itu.
Berdasarkan imej surat palsu yang disertakan dalam kenyataan itu, pihak tidak bertanggungjawab tersebut menggunakan kepala surat LHDN dan meminta sebuah syarikat membayar cukai atas keuntungan pelaburan sebanyak RM3,500 dan mengkreditkan wang tersebut ke dalam sebuah akaun.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan media sosial rasmi LHDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#media sosial
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan