Felda United terus mengekori rapat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1, malam tadi.
Dua jaringan menerusi pemain import dari Uzbekistan, Lutfulla Turaev pada minit ke-34 dan Francis Forkey Doe dari Liberia pada minit ke-60 di Stadium Hang Jebat, Melaka, menyaksikan Felda United kini mengutip 34 mata, kurang dua mata daripada JDT, selepas 14 perlawanan Liga Super.
Sementara gol tunggal PDRM dijaringkan Konate Souleymane pada minit ke-75.
JDT kekal sebagai pendahulu Liga Super selepas membenam Sarawak 2-1 pada perlawanan yang berlangsung, pada Jumaat.
Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Selangor kekal di kedudukan ketiga liga walaupun terikat 1-1 menentang tuan rumah, hasil jaringan pembukaan oleh Jeong Seok Min pada minit ke-26 untuk Pulau Pinang.
Selangor, bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Patric Ronaldinho pada minit ke-33.
Sementara itu, Kedah naik di kedudukan keempat liga dengan 19 mata selepas menang tipis 1-0 ke atas T-Team menerusi jaringan Shane Smeltz pada minit ke-49 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Bos Gaurus cemerlang menundukkan Terengganu 2-0 menerusi jaringan D. Kenny Pallraj pada minit ke-26 dan Elias Fernandes de Oliveira pada minit 78.
Kemenangan itu meletakkan Perak di tangga kelapan liga dengan 14 mata manakala Terengganu kekal di tangga ketujuh dengan 16 mata.
Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu, pasukan Kelantan gagal memanfaatkan beraksi di laman sendiri apabila seri 0-0 ketika menerima kunjungan Pahang.
Pungutan satu mata itu menyaksikan Kelantan jatuh satu tangga di kedudukan kelima dengan 17 mata, manakala Pahang di tangga ke-10 dengan 13 mata.
Bernama
Sat Jul 23 2016
Pemain Perak Mohamad Fazrul Hazli diasak oleh dua pemain Terengganu pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Perak malam ini. Perak menang dengan jaringan 2-0. - Foto Bernama
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.