KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC sekadar berkongsi satu mata dengan Perak FC selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.
Satu-satunya perlawanan Liga Super yang berlangsung hari ini, anak didik Bojan Hodak kekal berada di tangga keenam liga dengan 19 mata selepas hanya mencatat empat kemenangan dalam 15 perlawanan.
Sementara itu, di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dekat sini, pasukan tuan rumah Projek FAM-MSN gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada pasukan Selangor FC 2 sebentar tadi dalam aksi Liga Premier.
Seawal wisel permulaan ditiup, anak didik Yusri Che Lah dan Michael Feichtenbeiner berterusan mencipta atur gerak dan cubaan melakukan jaringan namun keputusan kekal 0-0 hingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua, Selangor FC 2 dilihat garang dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan untuk merobek gawang pasukan lawan sebelum berhasil mencipta gol tunggal perlawanan hasil tandukan kapten pasukan, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-59 dan keputusan kekal 0-1 sehingga tamat perlawanan.
Terengganu FC ll (TFC ll) pula berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan terutamanya pada babak kedua tetapi TFC II lebih bernasib baik pada malam ini ini selepas mendapat gol tunggal menerusi jaringan Jordan Mintah pada minit ke-66 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Pemain pasukan Perak Nana Poku (dua, kanan) menahan bola ketika menentang pemain pasukan Kuala Lumpur City pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Perak malam tadi. -fotoBERNAMA
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
TFC tempah tiket ke final Piala Malaysia selepas tewaskan KL City
Dengan kemenangan itu TFC bakal berdepan dengan penyandang Piala Malaysia musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Piala Malaysia: Terengganu bawa pulang bekalan tipis
Kedua-dua pasukan yang turun dengan misi tersendiri jelas mempamerkan corak permainan yang lebih berhati-hati di awal perlawanan.
Selangor bangkit benam PDRM, Perak kejutkan Kedah di Ipoh
PDRM terlebih dahulu mengejutkan skuad Gergasi Merah apabila membuka jaringan menerusi Hadi Fayyadh pada minit ke-25.
Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1
NSFC tampil dengan semangat baharu, menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatat dua keputusan seri dalam saingan liga sebelum ini.
Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
Padang latihan mereka di Pudu Ulu dan di Stadium KLFA, Cheras, berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
KL City perlu lebih masa untuk capai keserasian - Hodak
Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak merasakan pasukannya memerlukan lebih masa untuk mencapai keserasian, walaupun memenangi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 malam tadi.
Presiden AFC puji pembangunan bola sepak Malaysia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memuji pembangunan sukan itu di Malaysia menerusi prestasi hebat skuad kebangsaan dan kelab seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Final Piala AFC: Pertukaran venue demi prestij kejohanan - AFC
Jelas Windsor, pemilihan venue itu bukanlah keputusan daripada pihak AFC, sebaliknya ia diputuskan oleh KL City.
Hodak kecewa pemain KL City hanya 'bercuti' ke Chiang Mai
Beliau mendakwa Pan-gon tidak menghormati tugasnya sebagai jurulatih yang memberi pelepasan kepada Declan Lambert dan Zhafri Yahya.
Piala AFC: Gemilang Paulo Josue bawa KL City ke final antara zon
KL City diasak hebat tetapi berhasil mengekalkan kedudukan tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.