KUALA LUMPUR: Selangor FC berjaya merentap ego juara Liga Super tujuh tahun berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT), selepas mengikat gergasi bola sepak dari selatan tanah air itu dengan keputusan seri 1-1, pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri malam Rabu.
Pasukan 'The Red Giants' membuat kejutan dengan membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh permainan, menerusi gol sepakan lencong di sebelah kiri penyerang import Ifedayo Olusegun yang menyempurnakan lorongan bola ke dalam kotak penalti dari tengah padang oleh pemain import baharu dari Switzerland, Oliver Buff.
Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang import baharu dari Brazil Bergson Da Silva, selepas melepaskan rembatan padu hasil hantaran pendek dari sebelah kiri oleh Gonzalo Gabriel Cabrera pada minit ke-11.
JDT sepatutnya berada di depan pada minit ke-40 namun Cabrera gagal memanfaatkan penalti, selepas sepakannya hanya melewati palang gol susulan bentesan Mohamad Ashmawi Md Yakin menyebabkan pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi, terjatuh di dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan berpeluang untuk menambah jaringan menerusi satu lagi sepakan penalti, namun cubaan Da Silva berjaya diselamatkan Khairulazhan yang tenang menepis keluar tendangan itu dan menyaksikan kedudukan seri kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Kedudukan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas liga dengan mengutip 10 mata selepas empat perlawanan, manakala Selangor pula kekal di tangga kelima liga dengan kutipan lima mata.
Sementara itu, Kedah Darul Aman FC pula bangkit dari ketinggalan pada separuh masa pertama untuk menundukkan PJ City FC 3-1, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti oleh R. Kogileswaran, sebelum jaringan dari Baddrol Bakhtiar pada minit ke-47, diikuti penyerang import, Kpah Sean Sherman pada minit ke-51 dan gol oleh Mohamad Fayadh Mohd Zulkifli, menghadiahkan tiga mata berharga buat pengendalinya Aidil Sharin Sahak, untuk meletakkan skuad Hijau Kuning itu melonjak ke tangga keempat liga dengan tujuh mata.
Saingan di Pantai Timur pula menyaksikan Terengganu FC gagal menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri, selepas sekadar seri 1-1 dengan Melaka United FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Penyerang import, Alex Goncalves meletakkan Melaka United FC di depan pada minit ketiga perlawanan sebelum jaringan penyerang import Jordan Mintah menyelamatkan maruah tuan rumah, untuk mengutip satu mata bagi meletakkan skuad Penyu itu di tangga kedua liga dengan 10 mata, manakala pasukan lawan pula kini menghuni tangga kelapan dengan empat mata.
Sementara itu, Negeri Sembilan FC melonjak ke tangga teratas Liga Premier dengan mengutip 10 mata dalam empat perlawanan, selepas menundukkan tuan rumah Perak FC II, pada aksi di Stadium Perak, Ipoh petang tadi.
Pemain tengah, R. Barathkumar meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-20 disusuli jaringan penyerang import baharu dari Cameroon Alain Thierry Akono Akono pada minit ke-60, sudah cukup bagi Negeri Sembilan FC membawa pulang tiga mata penuh, seterusnya merampas takhta liga dari Sarawak United, dengan kelebihan satu perlawanan.
Aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras menyaksikan skuad Kuala Lumpur City FC tampil lebih ganas dengan mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Perak FC, selepas sekadar seri menentang jiran tetangga, Selangor FC Sabtu lepas.
Pasukan pelawat dilihat mendominasi permainan pada babak pertama namun, satu serangan balas tuan rumah tidak disiakan-siakan penyerang import dari Mauritania Dominique Da Sylva, untuk meletakkan skuad The City Boys di depan pada minit ke-41 menerusi sepakan lencong yang menerjah ke sebelah kanan gawang gol pihak lawan.
Kesilapan pemain pertahanan Perak FC Muhammad Shakir Mazah, seminit selepas babak kedua bersambung, dihukum skuad bimbingan Bojan Hodark itu menerusi jaringan pemain tengah import dari Colombia Romel Morales.
Kemudian, Romel, yang tidak dikawal di sebelah kanan melepaskan rembatan leret ke sebelah kiri gawang lawan, bagi mencetak gol kedua peribadinya malam ini, hasil daripada hantaran dari tengah padang oleh kapten pasukan Paulo Josue, seterusnya membawa KL City FC menghuni tangga keempat liga dengan kutipan tujuh mata, manakala Perak berada di tangga kesepuluh liga dengan empat mata.
Bernama
Wed Mar 17 2021
Kedudukan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas liga dengan mengutip 10 mata selepas empat perlawanan, manakala Selangor pula kekal di tangga kelima liga dengan kutipan lima mata. - Gambar/ Facebook @JOHOR Southern Tigers
Israel tawan semua akses bantuan ke Gaza selepas kuasai Koridor Philadelphi
Sekatan tentera Israel terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.
Masdar UAE berminat melabur dalam industri tenaga hijau Sarawak - Abang Johari
Syarikat tenaga bersih di UAE, Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) berminat untuk melabur dalam industri tenaga hijau khususnya solar di Sarawak.
Mount Kinabalu International Climbathon kembali
Acara pendakian antarabangsa atau Mount Kinabalu International Climbathon yang terkenal di seluruh dunia kini kembali dilaksana semula selepas tujuh tahun pada 6 Oktober 2024 di Taman Kinabalu.
Rumah Panjai Luking, warisan zaman berzaman
Rumah Panjai iaitu rumah tradisi Iban amat sinonim dengan acara-acara keramaian yang lazimnya diadakan di ‘ruai’ iaitu ruang utama yang menghimpunkan penduduk.
Sarawak pastikan kualiti hidup rakyat meningkat
Kerajaan Sarawak berusaha dalam memastikan kualiti hidup rakyat terus meningkat dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif terutama sumber ekonomi baharu.
Utamakan perpaduan dan keharmonian, tanpa kira latar belakang
Lebih 7,000 tetamu beratur seawal jam 9 pagi untuk menyertai rumah terbuka Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching pada Sabtu
Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.
Sambutan di Kampung Ta’ee pamer keunikan tradisi Bidayuh
Sambutan Gawai di Kampung Ta’ee Serian pula menampilkan keunikan adat dan tradisi kaum Bidayuh untuk dipromosikan kepada pengunjung luar negara.
Sambutan Kampung Spaoh Engkabang penuh tradisi
Sambutan Gawai di Kampung Spaoh Engkabang, Balai Ringin, Serian turut berlangsung meriah dan penuh tradisi.
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga 'mat rempit'
Membuat aksi 'Superman' membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan hari ini.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, lebih 2,000 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
4.32 juta telah kemas kini di PADU
Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.